Baim Wong Terkejvt Nama Dipetlk CEO Y0utube Sebagai 5 Individu Berpengaruh Bulan Ramadan

PELAKON Indonesia, Baim Wong meluahkan rasa teruja dan gembira apabila namanya dan isteri, Paula Verhoeven tercatat dalam hantaran di Twitter Ketua Pegawai Eksekutif YouTube, Susan Wojcicki.

Menurut Baim, ini merupakan satu penghargaan terhadap dia dan isteri kerana bukan mudah untuk tersenarai dalam kelompok berkenaan.

“Susan Wojcicki adalah Ketua Pegawai Eksekutif YouTube di seluruh dunia. Saya sangat gembira apabila nama saya dan isteri disenaraikan dalam tweetnya.

Baim Wong kongsi berita gembira di Instagram miliknya.

“Hanya ada lima orang di dunia yang disenaraikan di dalam tweetnya, saya terkejut ada nama saya dan isteri,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon berumur 39 tahun itu turut menjelaskan bahawa inisiatif Gemas bukan dibuat dengan wang peribadinya namun sumbangan daripada orang ramai yang tidak mahu disebutkan identitinya.

“Mengenai Gemas (Gerakan Memakai Masker) untuk Indonesia, itu bukan wang peribadi saya, namun itu adalah sumbangan daripada orang-orang yang tidak mahu disebutkan namanya.

“Terima kasih atas semua dedikasi yang telah dilakukan. Kamu semua hebat, berita itu sampai ke seluruh dunia. Kita adalah keluarga, tetaplah selalu cinta,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Baim Wong Terkejvt Nama Dipetlk CEO Y0utube Sebagai 5 Individu Berpengaruh Bulan Ramadan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*