“Harap Matl Jatvh Tangga Pat@h Tengkvk” Suami Em0, Ger@m Teng0k Watak Lak0nan Dynas Mokhtar

Pelakon Dynas Mokhtar mendedahkan gelagat suaminya, Shazrik Din sewaktu menonton lakonannya dalam drama berjudul Korban Kasih.

Dynas berkongsi kisah tersebut menerusi posting terbaharunya hari ini.

Menurut Dynas, suaminya begitu beremosi sewaktu menonton lakonannya sehingga mendoakan sesuatu yang buruk menimpa watak ‘Nor’ itu.

“Ramai yang emo tengok cerita Korban Kasih ni termasuk lah suami kesayangan saya. Dia siap cakap dia harap Nor mati jatuh tangga patah tengkok. Since Nor sakit ni pun dia siap bersorak keriangan macam dia tengok bola!” kongsinya.


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga memberikan reaksi yang sama seperi Shazrik.

Tidak kurang juga ada yang memuji keberkesanan lakonan Dynas menerusi drama tersebut.

“Saya tengok sahur sis. Sakitnya hati macam nak tampar muka Nor tu,” komen @ir_nurulhanna

“Memang geram betul tengok si Nor ni. Gembiranya hati bila tengok dia sakit,” tulis @azrulezani

Selain Dynas, drama tersebut juga turut dibintangi oleh Azrel Ismail, Saharul Ridzwan dan Zara Zya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Harap Matl Jatvh Tangga Pat@h Tengkvk” Suami Em0, Ger@m Teng0k Watak Lak0nan Dynas Mokhtar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*