“Mata Mak Semakin Kab0r, Ker@p Menangis Selepas Pemerglan Abam” Ali Puteh

Ramadan tahun ini berbeza bagi keluarga Ali Puteh selepas pemergian Allahyarham Abam Bocey sekitar dua bulan lalu.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibunya, Sabaria Arshad, kata Ali, penglihatan ibunya semakin kabur dan kakinya membengkak.

“Sebelum ini, emak ada masalah kaki sehingga terpaksa dibedah. Sekarang, penyakit lamanya datang kembali. Kaki menjadi bengkak sehingga terpaksa duduk di kerusi roda setiap masa.

“Penglihatan emak juga semakin kabur akibat kerosakan kornea. Mungkin ini berpunca apabila dia kerap menangis selepas pemergian arwah.

“Sebelum ini, arwah kerap membawanya ke hospital untuk rawatan mata. Insya-Allah selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, saya akan membawa emak berjumpa doktor,” katanya kepada BH Online.

Selain itu, Sabariah juga kerap termenung setiap kali sebelum tiba waktu iftar.

“Bukan emak sahaja, kami sekeluarga rindu kehadiran arwah terutama pada bulan Ramadan.

“Setiap kali Ramadan tiba, kami adik-beradik berkumpul di rumah arwah untuk berbuka. Kebetulan emak tinggal bersama abang. Apabila berkumpul, memang terasa kemeriahannya.

“Namun, semua tinggal kenangan. Tahun ini, memang terasa janggal kerana kurang seorang dalam anggota keluarga kami. Apabila tiba waktu berbuka puasa, bagaikan terbayang arwah ada bersama.

“Melihat emak yang sentiasa termenung, lagilah sedih. Apa yang boleh saya katakan kepada emak hanyalah meminta dia mendoakan kesejahteraan arwah dan reda dengan apa yang berlaku,” tambahnya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Mata Mak Semakin Kab0r, Ker@p Menangis Selepas Pemerglan Abam” Ali Puteh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*