“Tidak Ada Bazar, Tidak Membuang Makanan,” Bersederhana, Atikah Suhaime Teruja Dapat Kenal Erti Ramadan Sebenar

Seperti sedia maklum, sambutan ramadan tahun ini sedikit berbeza apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuk fasa keempat dan dilanjutkan sehingga 12 Mei depan.

Malah, setakat ini perniagaan secara langsung di kawasan awam seperti bazaar Ramadan turut turut tidak dibenarkan.

Lalu pelakon, Atikah Suhaime ada meluahkan rasa berkenaan dengan sambutan puasa tahun ini meski sedikit berbeza daripada kebiasaannya.

“Salam ramadhan. Saya teruja untuk tahun ini, kita dapat mengenal erti Ramadhan yang sebenar. Sederhana.

“Tidak ada bazar, tidak membuang makanan. Ramadhan bukanlah makanan yang akan anda buka puasa tetapi lebih seperti refleksi, dan memberikan yang terbaik dari diri anda,” kongsinya.

Dalam pada itu, bintang Volkswagen Kuning ini memberi nasihat kepada peminat untuk rebut peluang melakukan ibadah sebanyak mungkin di bulan Ramadan yang suci.

“Lakukan Ibadah sebanyak mungkin. Makan dengan sihat, untuk kali ini. Bagi mereka yang hanya alim semasa ramadhan, saya harap anda akan terus menjadi alim walaupun selepas ramadhan.

“Dan untuk orang bukan Islam, jom sertai kami dalam bulan puasa ini dan turunkan berat badan. Semoga anda semua dalam keadaan baik,” tulisnya.

Di samping itu, peminat turut mendoakan agar pelakon berusia 29 tahun asal Singapura itu dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber:Kisah Dunia

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Tidak Ada Bazar, Tidak Membuang Makanan,” Bersederhana, Atikah Suhaime Teruja Dapat Kenal Erti Ramadan Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*