Anak Ebit Lew Menangls Lihat D@kwah Bapanya

Setiap anak sering menjadikan ibu bapanya sebagai idola sehinggalah mereka meningkat dewasa. Malah akhlak yang baik juga boleh menjadi salah satu dorongan untuk anak mengikut jejak langkah penjaganya. Bahkan dalam peribahasa Melayu sendiri ada mengatakan bahawa anak itu ibarat sehelai kain putih dan ibu bapalah bertanggungjawab untuk mencorakkannya.

Menerusi perkongsian terbaru di Facebook, penceramah bebas Ebit Lew mengungkapkan kegembiraan apabila pulang ke rumah berjumpa dengan keluarganya. Menurutnya lagi, penat lelahnya apabila melakukan dakwah di luar akan hilang digantikan ketenangan apabila duduk di rumah.

Kata Ebit Lew, beliau tidak dapat menahan perasaan sayu apabila anaknya menangis melihat kesusahan dirinya melakukan kerja amal dan berdakwah . Malah anaknya juga tidak berhenti bertanya mengenai keadaan orang susah di luar sana dan turut simpati dengan musibah yang menimpa mereka.

Dalam posting tersebut, pendakwah itu juga terkenang impiannya ingin berjasa kepada masyarakat sebagai seorang doktor atau anggota polis. Meskipun harapan tersebut tidak menjadi kenyataan, Ebit Lew sangat gembira dapat memberi sedikit sumbangan kepada pejuang hadapan negara tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber:Erinsakura , Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Anak Ebit Lew Menangls Lihat D@kwah Bapanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*