“Suka Hati Dia La Nak Cakap Bahasa Apa,” Tak H0rmat Yuna Ketika Buat Persembahan Di IG Live, Fahad Iman TempeIak Siapa

Pelakon, Fahad Iman meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak menghormati usaha penyanyi, Yuna ketika dia sedang membuat persembahan di IG live miliknya.

Menurut Fahad, ia adalah sesuatu yang menjengkelkan apabila ada segelintir peminat yang kerap meminta Yuna untuk bertutur dan menyanyi dalam bahasa Melayu ketika dia sedang mengendalikan sesi di IG live.

“Wey sumpah annoying do. I was watching one of her insta live the other day, and few people kept on commenting “Yuna ckp Melayu, ckp Melayu.”

“I’m like can you shut the f*ck up? Suka hati dia la nak cakap bahasa apa. It is so annoying,” tulisnya.

Tambah pelakon itu lagi, Yuna harus bertutur dalam bahasa Inggeris kerana penontonnya bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia malah, peminat antarabangsa juga.

“And dia dah cakap banyak kali that she uses English sebab nak reach out to everyone.

“Sebab she has an international audience. Whats not clicking?,” kongsinya lagi.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fahad di akaun Twitter selepas tular sebuah video memaparkan Yuna ada menegur peminatnya yang tidak sabar dan berterusan memintanya untuk menyanyikan koleksi lagu bahasa Melayu miliknya.

Memerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Fahad tersebut selain turut meminta agar peminat di negara ini memahami situasi serta menghormati penyanyi itu yang sedang membuat persembahan secara langsung di media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter Fahad Iman

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Suka Hati Dia La Nak Cakap Bahasa Apa,” Tak H0rmat Yuna Ketika Buat Persembahan Di IG Live, Fahad Iman TempeIak Siapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*