Sushant Singh Rajput Ditemui M4ti Di Kediamannya Dipercayai Bvnuh Diri

DUNIA hiburan Bollywood dikejutkan dengan berita mengenai pelakon Sushant Singh Rajput ditemui m4ti di kediamannya pada Ahad.

Menerusi kenyataan polis memberitahu Sushant ditemui tergantvng di rumahnya yang terletak di Carter Road, Mumbai dan sehingga kini kes itu diklasifikasikan sebagai bvnuh diri.

“Sushant Singh Rajput dilaporkan telah membvnuh diri dan kini kes dibawah siasatan polis,” kata wakil polis Mumbai.

Memetik laporan Hindustantimes, Sushant meningg4l dunia selepas beberapa hari bekas pengurusnya, Disha Salian dipercayai bvnuh diri.


Filem terbaharu Sushant baru sahaja ditayangkan pada awal tahun ini.

Pelakon filem Dil Bechara tersebut merupakan graduan kejuruteraan mekanikal, Sushant mula menceburi bidang lakonan pada 2009.

Dia disifatkan antara aktor muda berbakat besar, Sushant mula popular selepas membintangi siri televisyen Pavitra Rishta, sebelum mencipta nama sebagai bintang filem.

Antara wataknya yang paling diiingati ialah sebagai bekas kapten pasukan kriket India, Mahendra Singh Dhoni, dalam filem biopik, MS Dhoni, yang juga merupakan antara filem paling berjaya pada tahun 2016.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Sushant Singh Rajput Ditemui M4ti Di Kediamannya Dipercayai Bvnuh Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*