Risau Apii Merebak Satu Kampung, Dua Remaja Bantu Pasukan Bomba Padam Keb4karan

Siapa sangka dengan kemahiran ilmu asas yang dimiliki, dua pelajar sekolah membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadam kebak4ran rumah di Lorong Haji Sundu, Tawau dua hari lalu.

Remaja terbabit, Mohammad Azrian Kamaruddin dan Mohamad Fahdwe Syahputra Toni masing-masing memegang jawatan tertinggi dalam pasukan Kadet Bomba di SMK Tawau mencvri perhatian orang kampung ketika berlaku kejadian tersebut.

Menerusi temubual RTM, mereka yang bercita-cita menjadi anggota bomba itu mempunyai nekad membantu memadam kebak4ran tersebut malah risau sekiranya api terus merebak yang boleh memvsnahkan kediaman lain.

Difahamkan, dua sahabat itu juga pernah mewakili sekolah dan Tawau ke peringkat negeri selain meraih pelbagai kejayaan cemerlang sekaligus mengharumkan nama sekolah mereka.

Namun ketika dihubungi pemberita RTM, Ketua Zon JBPM Tawau, Sukur Hatta berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk pegawai pasukan kadet menyertai sebarang operasi memadam kebak4ran sebenar.

Bagaimanapun, pihaknya berterima kasih atas keberanian dan memuji semangat remaja berkenaan yang turut terlibat bersama orang kampung dalam berganding bahu memadam kebakaran.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : BES TAWAUfm , Adam King

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Risau Apii Merebak Satu Kampung, Dua Remaja Bantu Pasukan Bomba Padam Keb4karan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*