Teruja Dapat Adik Baru, Si Kembar Sibuk Tiru Gaya Ibu Berpantang

Bagi ibu bapa yang dikurniakan cahaya mata kembar, anak mereka pasti mencuri perhatian orang ramai apatah lagi sekiranya mempunyai pelbagai telatah dan ragam yang mencuit hati.

Begitu juga dengan pasangan kembar yang dipanggil ‘Twincess Maryams’ ini apabila meniru gaya ibunya, Ashue Samsudin yang sedang menjalani proses berpantang selepas melahirkan bayi lelaki pada bulan lalu.

Menerusi laman Instagram, Ashue memuat naik sebuah posting memaparkan gelagat dua puterinya Maryam Raudhah dan Maryam Wardhah yang turut memakai kain batik serta menggendong ‘anak patung’.

Hari ke-29 berpantang

“Yang sorang tu tak cukup tidur, maklumlah baby berjaga tengah malam kan. Next video pulak, bila kau berpantang tapi sibuk nak joget jugak. Pantang oiii ingat sikit,” katanya.

Posting berkenaan mendapat reaksi pengikutnya dimana rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak berusia tiga tahun itu selain memuji kecomelan pasangan kembar tersebut.

Bukan main seronok berjoget pula!

 

View this post on Instagram

 

– – Rosyahaida Abdullah am@hmetro.com.my – – GELAGAT dua kanak-kanak perempuan yang juga pasangan kembar meniru penampilan berpantang ibu mereka selepas melahirkan anak ketiga pada 22 Mei lalu menarik perhatian rata-rata warganet. Menerusi perkongsian di media sosial, Maryam Raudhah Muhammad Qayyum dan Maryam Wardhah Muhammad Qayyum, 3, bukan setakat berkain batik dan berstokin malah turut memangku anak patung bayi sebagai meniru gaya ibu mereka. Ibu pasangan kembar terbabit, Noorsuriyana Samsudin, 25, berkata, gambar yang diambil dan dikongsi dua hari lalu itu dirancang pada saat akhir sebaik sepupunya datang ke rumah untuk melawat bayi baru dilahirkan. “Pada hari itu (Jumaat), saya sejujurnya tidak bercadang untuk bergambar pun namun apabila sepupu beritahu dia ingin datang melihat bayi lelaki saya, terpaksalah bersiap elok sedikit untuk terima tetamu. “Disebabkan itu, ketika ingin bergambar bersama, saya terfikir alang-alang bergambar maka saya pakaikan anak kembar dengan pakaian seperti saya untuk tujuan fotografi secara suka-suka. “Tidak sangka pula ia boleh viral (tular) kerana sebelum ini pun banyak juga saya kongsikan gambar dan video mereka (pasangan kembar) di Twitter dan Instagram,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. Bercerita lanjut, suri rumah sepenuh masa ini memberitahu, Maryam Raudhah dan Maryam Wardhah sememangnya gemar bergambar dan beraksi di hadapan kamera. Katanya, ada kalanya pasangan kembar itu akan mengambil telefon bimbit miliknya dan membuka kamera untuk mengambil gambar ‘selfie’ sama ada seorang diri atau berdua. Noorsuriyana berkata, semuanya dilakukan jika tiada orang lain di sekeliling pasangan kembar itu kerana mereka sebenarnya pemalu atau mungkin juga takut dengan orang lain. “Ada juga masanya mereka akan bergilir mengambil gambar satu sama lain selain gambar saya, suami dan adik mereka. “Alhamdulillah setakat ini mereka tidak cemburu dengan adik mereka sebaliknya akan tanya ‘mana adik’ setiap kali bangun tidur,” katanya. Noorsuriyana berkata, dikurniakan anak kembar diakui sangat mencabar untuknya pada peringkat awal memandangkan itulah juga pengalaman pertamanya bergelar ibu.

A post shared by ASHUESAMSUDIN 🌹 (@ashuesamsudin) on

Comel betul kan? Raudhah dan Wardhah juga memiliki akaun Instagram @twincessmaryams yang mempunyai sebanyak 7,733 pengikut setakat ini. Jom tengok posting mereka yang lain!

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah for everything 👨‍👩‍👧‍👧🤰#baby2020

A post shared by ASHUESAMSUDIN 🌹 (@ashuesamsudin) on

 

View this post on Instagram

 

Nampak sama tapi tak sama tau 😂 – – @twincessmaryams 👯‍♀️

A post shared by ASHUESAMSUDIN 🌹 (@ashuesamsudin) on

 

View this post on Instagram

 

Good night everybody 💕 – @twincessmaryams

A post shared by ASHUESAMSUDIN 🌹 (@ashuesamsudin) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Ashue Samsudin

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Teruja Dapat Adik Baru, Si Kembar Sibuk Tiru Gaya Ibu Berpantang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*