Berkat Doa Keluarga Tak Pvtus2, Ibu ‘Free Hair’ Kini Tutup Aur4t Dengan Sempurna

Bukan sahaja usaha, berkat doa mampu membuatkan diri seseorang itu berjaya dan juga sentiasa istiqomah untuk berada di dalam keredhaan Ilahi. Jadi, jangan mudah putus apabila apabila insan tersayang masih dalam fasa memperbaiki diri dalam hidup mereka.

Penyanyi dan bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2015, Sharul Kamal dilihat telah meraih perhatian warga pengguna Twitter, apabila memuat naik perkongsian kisah ringkas mengenai ibunya.

Dulu ibu seorang yang free hair...

Melalui perkongsian oleh Sharul  Kamal tersebut, dia dilihat meluahkan kesyukuran apabila ibu kandungnya kini mampu menutup aurat dengan sempurna. Dia turut menyatakan, sebelum ini ibunya merupakan seorang wanita yang tidak bertudung.

Namun berkat doa daripada adik beradik serta ayahnya yang tidak putus-putus, ibunya mampu berhijab dengan sempurna.

Sharul Kamal sebagai seorang anak, dilihat sangat gembira dengan pencapaian ibunya tersebut. Malah, dia juga berharap agar ibunya itu kekal beristiqomah dengan niat dan penampilan baru tersebut.

Para pengikut Sharul Kamal juga memuji dan mengucapkan dengan perubahan yang dibuat oleh ibu penyanyi itu di ruangan komen. Mereka juga berdoa agar ibunya ini terus berpenampilan seperti ini sehingga ke akhir hayatnya.

Alhamdulillah, semoga sentiasa istiqomah untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Berkat Doa Keluarga Tak Pvtus2, Ibu ‘Free Hair’ Kini Tutup Aur4t Dengan Sempurna"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*