Nonny Nadirah Menangis Dilamar Oleh Nizam Zaidi

Selepas dua tahun berpisah dengan bekas suami, penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah mengakui sukar untuk menerima lelaki istimewa bagi mengisi kekosongan hatinya.

Tetapi kehadiran pelakon, Niezam Zaidi disifatkan berjaya mengubah sisi hidupnya sejak setahun lalu selepas lelaki tersebut meluahkan hasrat menjadikan dirinya sebagai isteri sebelum penghujung tahun ini.


Menurut pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin itu, dia menangis membaca pengakuan ‘teman tapi mesra’ dimana Niezam berhasrat membawa hubungan mereka kepada ik4tan yang halal.

“Sebelum ini, Niezam pernah bertanya soal kahwin, tetapi saya buat tak tahu dan ingat hanya main-main. Cara bertanya ketika itu seperti bersel0roh, jadi saya tak fikir serius.
“Niezam bertanya lagi, baru-baru ini. Apa yang saya tak sangka, dia nak minta izin dan tanya Mama untuk membawa hubungan ini ke fasa seterusnya. Saya hanya mengiyakan.
“Saya tak duga, Niezam keluarkan kenyataan mahu melamar. Saya memang terkejvt dan menitiskan air mata membaca kenyataannya. Tak sangka, dia berani dan bersungguh-sungguh memaklumkan hal ini satu Malaysia,” katanya menerusi laporan BH Online.

Pelakon berusia 30 tahun itu berkata, dia terharu dengan kejujuran lelaki tersebut malah menangis dalam kesyukuran ketika solat selain turut berkongsi perkara berkenaan dengan ibunya.

“Akhirnya, ada lelaki yang boleh menerima saya dan status sebagai ibu tunggal. Apa yang saya inginkan, Niezam boleh sayang saya kerana Allah SWT. Saya nampak kesungguhannya untuk tidak mempersia-siakan saya,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

Is Ti Me wah.#SalamSabtu

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi) on

Selain itu, pelakon drama Istikharah Cinta itu juga berharap agar urusan mereka berdua dipermudahkan dan hubungan tersebut bahagia sampai ke syurga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : BH Online (Zaidi Mohamad)

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Nonny Nadirah Menangis Dilamar Oleh Nizam Zaidi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*