“Seronok Bila Pelanggan Repeat, Cakap Sambal Sedap..” – T0lak Rasa Malu, Wanita Hilang Kerja Sewaktu PKP Mula Niaga Nasi Lemak Anggap Berbaloi Bersengkang Mata

SEBAGAIMANA yang dikongsi di media sosial, ramai sebenarnya rakyat negara ini terkesan dek pandemik Covid-19.

Ada yang lama terpisah dengan keluarga, tak kurang juga yang kehilangan sumber pendapatan kerana dibuang kerja.

Begitu juga dengan wanita ini apabila rezekinya sebagai kerani di sebuah syarikat terhenti sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac lalu sebelum dia meneroka sumber pendapatan baharu.

Pada 1 Jun lalu, Izyanhanis Umiruddin, 31, membuka gerai nasi lemak di Taman Ros, Teluk Intan, Perak.

“Tak ada rezeki, saya pun dah tak bekerja. Jadi saya buka kedai pada 1 Jun. Sebelum ni pun saya buat nasi lemak dan ia dihantar di kedai orang.

Antara hidangan yang dijual di gerainya.

“Kali ni saya berniaga sendiri pada waktu pagi. Alhamdulillah, mula-mula risau juga. Tapi setakat ni berjalan lancar.

“Ada nasi lemak sebagai menu utama, ada kuih-muih dan goreng-goreng yang lain juga,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Izyanhanis, dia menyifatkan dugaan yang berlaku ada hikmahnya dan enggan terus berputus asa.

Izyanhanis mula berniaga 1 Jun lalu.

Malah katanya, dia gembira apabila ramai yang memberikan respon positif setelah mencuba air tangannya.

“Macam orang kata, jangan malu nak berniaga walaupun ia nasi lemak. Jangan fikir malu. Benda ni rezeki, ada di mana-mana.

Terima kasih sebab sokong saya. Alhamdulillah, bukan pelanggan sahaja, rakan-rakan peniaga di situ juga banyak berikan sokongan

IZYANHANIS UMIRUDDIN

PENIAGA NASI LEMAK

“Lepas tu orang boleh terima nasi lemak yang kita buat. Kalau nak kata nasi lemak ni ramai orang boleh buat.

“Tapi kalau sedap rasanya, orang datang cari juga. Seronok bila pelanggan repeat, cakap sambal sedap. Rasa dihargai.

“Kita nak bersengkang mata memasak pun rasa berbaloi,” ujar isteri kepada pemandu lori itu.

Dalam pada itu, Izyanhanis turut terkejut apabila kisah perniagaannya menjadi tular di Twitter setelah dikongsi oleh adiknya.

Gerai Izyanhanis turut menawarkan aneka kuih muih buat pelanggan.

Katanya, dia bersyukur dengan respons positif yang diberikan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan.

“Tak sangka, sebab saya sendiri tak ada Twitter. Saya sekadar post di Facebook sahaja.

“Terima kasih sebab sokong saya. Alhamdulillah, bukan pelanggan sahaja, rakan-rakan peniaga di situ juga banyak berikan sokongan,” katanya lagi.

Sehingga kini, posting mengenai Izyanhanis di Twitter menerima lebih 1,700 ulang kicau (Retweet).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Seronok Bila Pelanggan Repeat, Cakap Sambal Sedap..” – T0lak Rasa Malu, Wanita Hilang Kerja Sewaktu PKP Mula Niaga Nasi Lemak Anggap Berbaloi Bersengkang Mata"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*