“Terdengar air ketuban pec4h, isteri jerit ‘bang nak keluar..” – Sempat Usik Isteri Nak Namakan Anak ‘Perodua Aruz’ Selepas Lalui Situasi Panik 2 Minit Dalam Kereta

Tidak pernah terlintas dalam fikiran pemuda ini untuk menjadi bidan kepada isterinya menyambut kelahiran bayi ketiga mereka di dalam kereta.

Menceritakan detik cem4s itu, Mohd Azmil Fitry Razak, 35, berkata isterinya, Nur Izzati Arshad, 31, terpaksa melahirkan bayi mereka di dalam kereta kerana tidak sempat sampai ke hospital kira-kira pukul 1.05 petang, 3 Jun lalu.

“Sebenarnya isteri saya dah lebih tempoh due 30 Mei tapi masih tak ada tanda, sakit pun tak ada. Masa 3 Jun tu saya kerja, dia kata dah sakit. Jadi saya pun minta balik awal.

“Dalam perjalanan dari rumah kami di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan menuju ke Hospital Kajang, tiba-tiba saya terdengar bunyi air ketuban pecah.

“Isteri saya jerit ‘bang nak keluar’. Saya masa tu tengah bawa kereta. Saya pun tadah sebelah tangan takut baby jatuh bawah,” katanya.

Panik dengan situasi itu, Mohd Azmil memberhentikan keretanya di tepi jalan tidak jauh dari rumah mereka.

“Masa tu saya pan1k. Saya keliru nak pergi hospital ke nak balik rumah. Rumah masih dekat lagi. Macam mana ni? Saya pun berhentikan kereta tepi jalan. Semuanya berlaku dalam masa dua minit.

“Saya berhenti tepi jalan, keluarkan baby dari celah kangkang, lepas tu bagi pada isteri. Bila dengar baby menangis saya pun terus jalan.

“Alhamdulillah urusan bersalin isteri saya dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi. Masa tu tali pusat baby tak potong lagi, jadi saya decide pergi Hospital Serdang sebab tu hospital terdekat,” katanya.

Semasa dalam perjalanan ke hospital, Mohd Azmil berkata dia merakam momen menggembirakan itu bersama isteri dan bayi ketiga mereka yang dilahirkan untuk disimpan sebagai kenangan.

Isteri saya jerit ‘bang nak keluar’. Saya masa tu tengah bawa kereta. Saya pun tadah sebelah tangan takut baby jatuh bawah.

MOHD AZMIL FITRY RAZAK

Pegawai tentera

“Lepas isteri saya bersalin, saya rasa seronok. Terus saya video call mak saya. Tapi lepas lega dan tenang sikit saya pun rakam video masa on the way ke hospital.

“Saya rakam pun sebab nak jadikan sebagai kenangan pengalaman isteri bersalin dalam kereta. Sebelum ni dua lagi anak saya bersalin di Hospital Kajang,” katanya

Video rakaman itu sebenarnya dikongsi di Facebooknya pada 4 Jun lalu tetapi Mohd Azmil terkejVt apabila momen menggembirakan itu menjadi tular sempena Hari Bapa pada Ahad.

“Kejadian tu 3 Jun lalu dah lama jugalah. Saya share video tu pula pada 4 Jun tapi tak sangka viral pada Ahad semasa Hari Bapa.

“Memang terkejutlah sebab saya tak ada niat pun nak viral. Saya sebenarnya nak kongsi keseronokan dengan rakan-rakan saya,” katanya.

Mengenai kata-kata dalam rakaman video yang tular itu di mana dia mahu menamakan anaknya itu sempena kereta Perodua Aruz, Mohd Azmil berkata itu sekadar usikan dengan isterinya.

“Saya just gurau je dengan isteri saya. Tapi saya namakan anak saya Aariz Fawzan. Adalah sikit (Aruz) tapi sudah tentu kita mahukan nama yang ada maksud yang baik,” katanya mengakhiri perbualan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Terdengar air ketuban pec4h, isteri jerit ‘bang nak keluar..” – Sempat Usik Isteri Nak Namakan Anak ‘Perodua Aruz’ Selepas Lalui Situasi Panik 2 Minit Dalam Kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*