Pasar Raya Ebit Lew Akan Dibuka Bulan Depan

Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew meluahkan hasratnya untuk membuka 10 cawangan pasaraya menjual barangan runcit yang diberi nama Elews Mart. Awal Jun, Ustaz Ebit berkongsikan 10 cawangan pasar rayanya itu sedang diubahsuai dan akan siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Terbaru, Ustaz Ebit berkata pasar raya miliknya itu masih lagi diubahsuai dan hampir siap. Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit memberitahu semua cawangan pasar rayat itu akan dibuka di sekitar Lembah Klang pertengahan Julai depan.

Ustaz Ebit turut merasa sebak apabila mendapat sokongan pihak pengilang dan pengedar produk. Malah, Ustaz Ebit turut terharu kerana ramai yang mahu membantunya untuk bersama-sama menjayakan pembukaan pasar raya tersebut.

Ujarnya, pihaknya akan memberikan harga barangan paling murah dan turut disediakan bantuan percuma ataupun ‘food bank’ di setiap cawangan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Ustaz Ebit turut meminta orang ramai mendoakan agar urusan pembukaan pasar raya tersebut dipermudahkan kerana hasratnya untuk membuka pasar raya dengan harga barang paling murah hampir tercapai kerana doa mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: RK

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Pasar Raya Ebit Lew Akan Dibuka Bulan Depan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*