[VIDEO] Lebih 23K Retweets, ‘Skill’ Luar Biasa Adik Ini Goreng Telur Buat Netizen Terkejut

Setiap orang pastinya memiliki bakat yang terpendam dalam diri masing-masing

Memiliki bakat serta kemahiran yang istimewa sememangnya adalah anugerah daripada Tuhan kepada hambaNya. Ada dalam kalangan kita yang mahir mengenai bab nyanyian, solekan, masakan dan pelbagai lagi. Justeru itu, penting untuk kita serlahkan bakat yang ada agar ia tidak terpendam begitu sahaja.

Namun yang penting, bakat tersebut perlulah sentiasa diasah agar kemahirannya dapat ditambah baik.

Baru-baru ini, telah viral di Twitter video mengenai seorang kanak-kanak yang memiliki bakat dalam bidang masakan

Video itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @shitmemeexe dan meraih lebih daripada 23 ribu retweets ketika artikel ini ditulis.

Menerusi video pendek berdurasi 0:24 saat itu, kanak-kanak lelaki itu dirakam melakukan aksi ‘luar biasa’ menggoreng telur dadar dengan menunjukkan beberapa skill.

Apa yang lebih mengagumkan, kanak-kanak itu dilihat sangat bersahaja dan tidak teragak-agak untuk melakukan aksi tersebut sehingga ke akhirnya.

Bakat serta kemahiran yang ditonjolkan kanak-kanak itu telah mendapat perhatian netizen dari Indonesia dan Malaysia

Rata-ratanya berasa terkejut dengan kebolehan yang ada pada kanak-kanak itu dan menganggap ia sebagai satu bakat yang mengagumkan.

Malah, mereka juga memuji skill kanak-kanak tersebut sambil berseloroh agar dia masuk ke program masakan terkenal, MasterChef.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "[VIDEO] Lebih 23K Retweets, ‘Skill’ Luar Biasa Adik Ini Goreng Telur Buat Netizen Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*