Beri Jawapan ‘Jujur’ Layan Korea Masa Cuti, Pelajar SPM Ini Terkejut Ramai Peminat DM Minta Nombor

Jawapan mencuit hati pelajar tingkatan 5, Muhammad Fikri Fauzi ketika ditemuramah wartawan semasa hari pertama sesi persekolahan yang disambung semula ekoran wabak C0vid-19 mencuit hati ramai. Klip video temuramah yang dikongsi di pelbagai platform media sosial itu menerima ratusan tontotan, malah di Twitter sahaja lebih 1 juta tontonan diraih dalam masa 24 jam.

3 bulan tengok drama Korea…

Ditanya mengenai perasaannya ketika klip video pendek itu viral di media sosial, dia terkejut dan tidak menyangka perkara ini akan berlalu.Menerusi temuramah bersama itu, Fikri memberitahu dia hanya mahu bergurau semasa sesi temuramah berlangsung dan tidak sangka bahagian tersebut diambil untuk dimasukkan ke televisyen.

Memang terkejvt dan tak sangka langsung. Saya bangun pagi tu dah tengok sehari sudah lebih 10 ribu tontonan di Twitter. Niat saya hanya nak bergurau saja. Tak sangka pula bahagian tu diambil.

Sepanjang PKP 3 bulan tu, saya layan drama Korea saja. Dah banyak drama Korea saya layan dan paling saya suka ialah drama Hotel Del Luna. Drama Korea ni best sebab ada sedih, sweet… Pelakon pun cantik-cantik. Bukan tak nak layan drama tempatan, tapi drama Korea ni bagi kita mood yang best.

Ramai DM nak ng0rat

Pelajar tingkatan 5 itu bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Dia yang mengambil 8 mata pelajaran dalam aliran Perniagaan Seni itu hanya target 4A dan ke atas untuk peperiksaan itu. Dia turut berkongsi telatahnya yang kelakar semasa di sekolah.

Saya ni memang seorang yang kelakar. Kalau ada majlis perpisahan atau persaraan di sekolah, guru besar akan minta saya bercakap sebagai wakil pelajar. Saya bukan pengawas. Saya hanya pelajar biasa.

Dari majlis perpisahan yang sedih tu akan bertukar ceria. Guru-guru pun tak mahu berpindah sekolah disebabkan terlalu sayangkan saya. Rakan-rakan pun tahu yang saya ni memang seorang yang kelakar.

Sejak dah viral ni, ramai pula yang DM minta nomber telefon. Ada yang nak ngorat saya. Side income seperti paid review semua tu belum ada lagi. Tak sampai ke tahap itu lagi.

Memang patut sekolah dibuka

Ditanya mengenai tind4kan kerajaan membenarkan sekolah dibuka semula dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, dia bersetuju dengan keputusan kerajaan. Perkara itu demi memastikan pelajar meneruskan pelajaran terutamanya bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

SPM adalah masa depan dan penentu setiap pelajar. Saya setuju sekolah dibuka semula tetapi kita perlu ikut SOP yang ditetapkan dengan menjaga jarak sosial masing-masing. Setiap pelajar perlu mendapat pendidikan semula. Kita boleh buat kelas online tetapi ada segelintir pelajar yang tiada data internet atau WiFi. Itu juga menjadi bebanan buat pelajar-pelajar tertentu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Beri Jawapan ‘Jujur’ Layan Korea Masa Cuti, Pelajar SPM Ini Terkejut Ramai Peminat DM Minta Nombor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*