‘Dentist’ Palsu Makin Menjadi2, ‘Thailook Braces’ Trend Remaja Terkini

Gigi adalah merupakan salah satu penentu keyakinan dalam diri seseorang itu. Mempunyai gigi yang teratur dan kemas boleh membuatkan seseorang itu tampil yakin untuk berkomunikasi dikhalayak ramai.

Disebabkan itu, ramai yang membuat rawatan ortodontik dengan memakai pendakap gigi bagi membetulkan gigi mereka. Sudah semestinya rawatan pendapat gigi ini agak mahal kosnya kerana hanya dirawat oleh doktor ataupun pakar bahagian ortodontik sahaja.

Macam-macam bentuk, harga pulak lebih murah!

Sejak beberapa tahun lalu, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan apabila ada individu-individu yang mula menawarkan servis pendakap gigi dengan harga yang sangat murah dan tidak masuk ak4l. Individu yang terlibat ini sudah semestinya tidak mempunyai kelulusan dalam bidang sewajarnya dan mereka ini menawarkan servis dari rumah ke rumah.

Lebih mengejutkan, kini terdapat satu trend pendakap gigi terbaru iaitu Thailook braces yang tidak diketahui status keberkesanannya dalam bidang pergigian.

Khas buat doktor gigi haram…

Khidmat daripada doktor gigi tidak bertauliah ini dilihat begitu membimbangkan dan semakin menjadi pilihan remaja-remaja untuk mengenakan pendakap gigi dengan harga jauh lebih murah tanpa memikirkan kemudaratan yang bakal diperoleh.

Berani betul diorang buat macam ni…

Sudah semestinya, ramai yang mengecam individu sama ada pelanggan ataupun pelaku yang menawarkan khidmat ini kerana secara terang-terangan ia sangat membahay4kan kepada si pemakai.

Trend tali getah dari mana ni?

Baik buat dekat klinik gigi bertauliah jelah!

Gigi dah lawa pu terkejar2 nak pakai braces!

Nak mengejar trend jangan sampai membahayakan nyawa sendiri! Ingat tu!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "‘Dentist’ Palsu Makin Menjadi2, ‘Thailook Braces’ Trend Remaja Terkini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*