‘Itu Sesi Fotografi Pertama Dan Terakhir Saya..’ – Tak Mahu Popular, Sugu Pavithra Nak Jadi Orang Biasa

Baru-baru ini, Youtuber terkenal iaitu Sugu Pavithra telah mencvri tumpuan netizen selepas beberapa fotonya sedang ‘photoshoot’ viral di media sosial.

Terbaru, Sugu Pavithra tampil menjelaskan bahawa dia kini selesa dengan rutin kehidupan biasa dan menjadi seorang surirumah.

‘Saya tak akan jadi model’

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa Pavithra kini sudah berj1nak-j1nak dalam bidang peragaan.

Menurut wanita berusia 28 tahun ini memaklumkan bahawa dia langsung tidak terfikir untuk menceburi bidang lain sebaliknya akan terus aktif dalam menghasilkan video masakan di Youtube. Hal ini kerana, dia menganggap kerjaya permodelan dan peragaan adalah tidak sesuai dengan dirinya.

Saya hanya penuhi permintaan portal. Ia menjadi sesi fotografi pertama dan terakhir saya. Tidak terfikir menjadi model atau apa sekalipun. Saya tak akan jadi model.

Mendapat perhatian media cetak, radio

Tambah Pavithra lagi, dia juga turut menerima panggilan daripada media cetak dan radio serta televisyen yang meminta dirinya dan suami untuk ditemubual.

Saya orang biasa. Saya selesa dengan status itu. Saya sebolehnya men0lak hendak ditemubual di televisyen (TV).

Menurut ibu kepada 2 anak ini mengakui dia dan suaminya kini sedang membiasakan diri dalam perubahan yang dilalui mereka sekeluarga sejak beberapa bulan lalu. Sementara itu, Pavithra meluahkan rasa syukur terhadap semua pihak atas sokongan dan dorongan yang diberikan kepadanya.

Apapun, saya bersyukur dengan rezeki ini. Saya pun bukan orang kaya. Dapatlah berkongsi rezeki dengan keluarga hasil pendapatan di YouTube.

Video terbaru Sugu Pavithra

Mula berj1nak-j1nak dengan dunia YouTube sejak 28 Januari lalu, Sugu Pavithra kini  berjaya meraih sebanyak 735k subscribers. Kepetahan dan kelancarannya berbahasa Melayu serta gayanya yang bersahaja sememangnya mampu menarik minat setiap penonton.

Bukan itu sahaja, setiap video yang dimuatnaik di laman Youtubenya pasti akan mencecah ratusan ribu sehingga hampir 1 juta tontonan. Seperti kandungan video terbarunya memaparkan Pavithra bersama suami dan anaknya sedang menikmati buah-buahan tempatan antaranya durian, rambutan dan manggis. Video berdurasi 04:39 saat tersebut telah ditonton hampir 200k. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sabar menanti video terbaru yang akan dihasilkan oleh pasangan suami isteri ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Berita HarianSugu Pavithra

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "‘Itu Sesi Fotografi Pertama Dan Terakhir Saya..’ – Tak Mahu Popular, Sugu Pavithra Nak Jadi Orang Biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*