Skincare Terbaru Ni Asyik Viral Je. Ini Review Jujur Penulis Lepas 3 Minggu Guna Koolit™

Baru-baru ini viral di media sosial tentang satu produk penjagaan kulit terbaru yang laris sakan di pasaran. Pada mulanya macam risau nak cuba sebab kulit saya jenis sensitif. Tapi lepas dah baca review pengguna di Twitter, saya beranikan diri untuk beli dan cuba pakai produk ni selama 3 minggu secara konsisten.

Kalau korang nak tahu, produk yang dimaksudkan ialah Koolit™. Produk ni ada tiga pilihan iaitu Koolit™ Soothing LotionKoolit™ Calming Cream & Koolit™ Gentle Body Wash. Nak tahu macam mana pengalaman saya lepas guna Koolit™? Baca artikel ni sampai habis ya!

Ini masalah kulit saya

Sebenarnya sejak zaman sekolah, saya ada masalah kulit kering, sensitif dan muka jenis cepat berjerawat. Kesemua masalah ni boleh dikatakan banyak buat saya stress dan tertekan.

Mana taknya, sebelum ini nak beli baju pun terpaksa cari kain jenis ‘cotton‘ je sebab kulit tak ngam dengan jenis fabrik lain. Bab skincare pulak tak payah cakaplah, memang struggle giler nak cari produk yang sesuai. Kalau tersalah pilih, mesti jadi lagi tervk.

Bila waktu malam pula, hampir setiap hari saya kerap menggaru sewaktu tidur dan biasanya memang tak sedar langsunglah. Tahu-tahu bangun pagi kulit dah pedih dan ada bekas luka. Paling sedih, habis kulit berparut.

Kalau bercakap pasal rawatan, sejujurnya dulu memang saya tak ambil kisah sangat pasal penjagaan kulit sebab takde siapa tegur pun. Tapi bila masuk universiti, keyakinan diri tu mula hilang. Mana taknya, kawan-kawan pun dah pandang lain macam.

Sejak itulah saya mula belajar tentang penjagaan kulit hinggalah dah bekerjaya macam sekarang. Nak tahu produk Koolit™ ni berkesan atau tak untuk saya? Berikut adalah review saya sendiri dari minggu 1 hingga ke minggu 3.

Minggu 1: Kulit dah tak kering lagi

Sebenarnya saya tak perlukan satu minggu penuh pun untuk nampak kesan ketara ni. Memandangkan saya ni seorang yang tak sabar nak tengok hasil akhir, kesan positif pada sapuan pertama Koolit™ Soothing Lotion dah cukup buat saya happy.

Apa yang saya suka pasal produk ni ialah losyennya sangat cepat menyerap ke dalam kulit. Sebagai lelaki, ini membuatkan saya lebih rajin nak guna losyen sebab tak perlukan masa lama nak tunggu ia betul-betul menyerap sempurna di kulit.

Lebih menarik, losyen ini merupakan losyen pertama saya guna yang langsung tak berminyak atau melekit. So, memang takde isu pakaian kotor sebab terkena losyen. Paling best, kulit saya kekal lembap dalam tempoh yang sangat lama tau.

Bukti paling ketara yang saya perasan ialah bila saya memandu kereta. Sebelum ini bahagian tangan saya selalunya akan lebih cepat kering dan ada kalanya menggelupas bila terdedah dengan aircond.

Sekarang, saya dah takde masalah tu lagi walaupun terpaksa memandu berjam-jam lamanya di jalan yang sesak dengan aircond kereta terpasang.

Minggu 2: Gatal-gatal kulit 99% hilang!

Sebenarnya, gatal-gatal pada kulit saya taklah teruk mana. Tapi, ada waktu ia agak merimaskan. Paling stress, kalau saya dah mula tergaru-garu sepanjang hari dan kulit yang kemerahan bekas menggaru tadi tu jadi pedih. Keadaan ni dah tentu buat saya rasa tak selesa terutamanya bila di tempat kerja.

Apa yang menakjubkan, selepas 2 minggu menggunakan losyen Koolit™ saya mula perasan kulit saya dah tak gatal-gatal macam dulu lagi. Walaupun rasa gatal tu bukanlah 100% hilang, tapi saya sangat yakin terlalu banyak perubahannya. Paling seronok bila kawan-kawan di pejabat pun ada cakap saya nampak lebih relaks dan happy!

Tips: Buat masa sekarang saya memang bawa losyen Koolit™ ke mana saja sebab senang nak sapu bila kulit mula rasa gatal dan tak selesa. Lagipun sekarang kita banyak guna sanitizer, jadi losyen ni bantu elak kulit tangan korang jadi kering.

Minggu 3: Jerawat di muka pun berkurangan

Saya tak tahu sama ada produk ini memang ada rumusan khas yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah jerawat atau tidak. Tapi apa yang pasti, percayalah ia berkesan untuk kulit saya. Kalau nak claim kata jerawat dekat muka saya ni dah sembuh sepenuhnya lepas guna Koolit™, memang tipulah sebab masalah jerawat tu masih ada.

Cuma apa yang saya dapat kongsikan, kesan positif pada minggu ketiga penggunaan Koolit™ nampaknya sangat membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat. Kalau dulu setiap minggu mesti ada je jerawat baru yang tumbuh dan meninggalkan kesan parut di muka, tapi pada minggu ketiga ni dah takde. Em.. parut pun macam dah kurang!

Bagi yang belum tahu, produk Koolit™ memang boleh digunakan di seluruh badan termasuk kulit wajah jugak tau. Sebagai lelaki, saya rasa produk ni memang ngam dijadikan skincare sebab sangat mudah dan simple! Setakat hari ini, rutin penjagaan kulit saya senang je. Saya guna Koolit™ Gentle Body Wash sebagai pencuci muka dan Koolit™ Calming Cream pulak sebagai pelembap.

Mandian Koolit™ Gentle Body Wash tu jenis tak berbuih tau. So, kalau korang guna untuk cuci muka confirm kulit akan rasa lembap dan lembut. Setakat ni, saya juga perasan masalah kulit berminyak pun dah berkurang. Mungkin ini antara sebab jerawat dekat muka saya dah tak muncul. Tak sabarnya nak flawless! Haha.

Korang pun patut cuba!

Okay guys, itu je lah review yang saya dapat kongsikan pasal produk Koolit™ sepanjang 3 minggu penggunaan ni. Doakan kulit saya semakin sihat dan terus terjaga. Alang-alang sesuai dengan kulit, saya dah tekad nak terus guna produk ni je.

Saya sangat sarankan korang untuk cuba produk ni sendiri. Jujur saya katakan setakat ini memang banyak efek positif pada kulit dan saya yakin kalau korang guna secara konsisten, masalah kulit korang pun boleh setel.

Bagi yang tertanya-tanya dekat mana nak dapatkan produk viral ni, korang boleh cari dekat Watsons je guys. Tapi kalau korang tak berkesempatan nak keluar, korang boleh je order terus secara online dekat laman sesawang Watsons.

Selamat mencuba!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: OhBulan

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Skincare Terbaru Ni Asyik Viral Je. Ini Review Jujur Penulis Lepas 3 Minggu Guna Koolit™"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*