2 Bulan Hajat Tertangguh, Joe Flizzow Dan Tunang Selamat Diijabkabulkan

Sekitar penghujung bulan Disember 2019, penyanyi rap dan pelopor muzik hip-hop negara, Joe Flizzow berkongsikan khabar gembira apabila dirinya selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya iaitu Marini Ramlan.

Penyanyi rap ini dilihat mengadakan majlis pertunangan yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Menurut penyataan Joe Flizzow ketika itu, mereka merancang bakal melangkah ke jenjang pelamin pada bulan April tahun 2020.

Tahniah! Setelah 2 bulan lebih tertangguh…

Pada hari jumaat barakah bertarikh 26 Jun 2020, Joe Flizzow dan tunangnya itu dilaporkan telah selamat dinikahkan hari ini.

Teman rapat dan media tempatan dilihat memuat naik gambar pasangan suami isteri ini yang lengkap berpakaian tradisional melayu berona putih.


Tarikh perkahwinan dilihat agak lambat dengan perancangan sebelumnya berkemungkinan ekoran kekangan PKP dan wabak pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia.


Menjengah laman Instagram peribadi milik Joe Flizzow sendiri, dia masih lagi belum memuat naik gambar bersama isterinya itu. Namun, penyanyi itu tetap dihujani dengan ucapan tahniah atas perkahwinannya itu.

Joe Flizzow dikatakan memilih Marini Ramlan yang juga merupakan usahawan dan pelukis professional sebagai suri hatinya setelah beberapa tahun menyulam cinta bersama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: InstagrammStar.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "2 Bulan Hajat Tertangguh, Joe Flizzow Dan Tunang Selamat Diijabkabulkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*