Mahu Digelar ‘Warrior Hijrah’, Para Gelandangan KL Optimis Ubah Nasib

Semasa pendemik Covid-19 menular dalam negara tempoh hari, kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif mengumpulkan para gelandangan kota raya ke tempat yang lebih selamat bagi menghindari mereka dari wabak tersebut.

Susulan daripada itu, mereka telah ditawarkan pekerjaan dan perkara tersebut memberi sinar baharu buat mereka. Sebahagian daripada mereka telah mulai bekerja dan ada juga yang dihantar mengikuti kursus bagi menajamkan kemahiran kendiri.

Lakukan kerja amal

Susulan daripada itu, menerusi Twitter Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa, telah berkongsi perkembangan terkini para bekas gelandangan ini di akaun media sosialnya.

Dalam muat naik tersebut, beliau telah berkongsi aktiviti mereka yang sedang melakukan kerja kemasyarakatan dengan mengecat tembok jalan beramai-ramai.

mahu digelar warrior hijrah

Lebih menyeronokkan, ada sebahagian daripada mereka yang dihantar berkursus di Kuantan telah meminta untuk tidak dipanggil sebagai gelandangan lagi. Mereka mahu digelar ‘Warrior Hijrah’ bagi memberi semangat diatas penghijrahan mereka.

Perkembangan tersebut begitu menggembirakan Menteri Wilayah kerana pendemik yang menular tempoh hari sedikit sebanyak memberi hikmah kepada para gelandangan kerana memberi mereka sinar harapan untuk memulakan hidup baharu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Annuar Musa

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Mahu Digelar ‘Warrior Hijrah’, Para Gelandangan KL Optimis Ubah Nasib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*