Majlis Kahwin Hanya Boleh Jemput 250 Orang Tetamu Sepanjang PKPP

Bermula 1 Julai, kerajaan akan memberi pelepasan kepada pasangan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan dan pernikahan.

Bagaimana pun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakub, berkata, kebenaran jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa.

250 orang tetamu

Perlaksanaan membenarkan 250 orang tetamu turut dibenarkan untuk majlis bertunang dan juga akad nikah. Maka, prosedur operasi standard (SOP) lama dengan had tetamu 20 orang saja sudah tidak digunakan lagi.

“Mesyuarat Khas Menteri juga bersetuju untuk membenarkan jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa bagi majlis jamuan perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam…”

Tambahnya lagi dalam sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), had tetamu itu tertakluk kepada saiz keluasan dan kapasiti ruang serta pematuhan SOP berkaitan yang berkuat kuasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Berita Harian

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Majlis Kahwin Hanya Boleh Jemput 250 Orang Tetamu Sepanjang PKPP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*