Umur Dah 24 Tahun, Pelakon Ini Masih Hisap Susu Dalam Botol

Walaupun sudah meningkat dewasa, pasti ada dalam kalangan kita, mempunyai tabiat masa kecil yang sampai sekarang masih tak boleh nak tinggal.

Seperti pelakon daripada Indonesia, Anya Geraldine, 24, yang mendedahkan bahawa dirinya masih meneruskan tabiat menghisap susu dari botol, seperti bayi kecil.

Masih hisap botol susu

Pendedahan itu dikongsi oleh pelakon itu sendiri menerusi akaun Twitter, selepas memuat naik foto memaparkan dia sedang baring di atas katil sambil menghisap botol susu.

Mak ayah dah larang

Kata Anya, dia memang tak boleh tinggal botol susunya walaupun dah banyak kali dilarang oleh ibu bapa, sampai kena buang semua botol susu di rumahnya.

“Ceritanya, apabila saya sudah berada dalam kelas 6, saya diminta berhenti menyusu botol oleh ibu bapa. Semuanya (botol susu) terus dibuang, dan akhirnya kembali menyusu botol sewaktu di kolej…”

Susah nak buang tebiat tu

Malah di usia 24 tahun ini, pelakon cantik itu tetap minum guna botol, namun jika ibu bapanya datang ke rumah dia sudah bersedia membeli yang baru kerana pasti akan dibuang lagi.

Anya sendiri pun tidak tahu mengapa sangat sukar dia mahu membuang tabiat tu. Pelik-pelik betul, lepas ni agaknya kalau dah ada bayi sendiri mesti berebut botol susu dengan anak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Harian Metro & Anya Geraldine

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Umur Dah 24 Tahun, Pelakon Ini Masih Hisap Susu Dalam Botol"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*