“Boleh Pulak Spoil Last Tu…”- 3 Remaja Cover Lagu Tapi Ending Buat Terkejvt

Pasti ramai yang pernah mendengar sesetengah lagu baru yang iramanya sama seperti lagu popular lain yang kita selalu dengar, sehinggakan setiap kali sesebuah lagu itu bermain di dalam kepala, ia akan berubah menjadi lagu lain.

Mungkin itu yang dilalui seorang remaja ini ketika sedang menghasilkan cover lagu bersama 2 orang rakannya. Dalam sebuah video yang tular, 3 orang remaja lelaki sedang menyanyikan lagu Somebody You Loved versi akustik.

Seorang rakan memainkan gitar sambil menyanyi bersama-sama 2 orang rakannya yang lain yang sedang melihat lirik di dalam telefon masing-masing.

Namun sedang mereka rancak menyanyi bersama, irama nyanyian salah seorang daripada mereka berubah menjadi lagu lain.

Bagi yang pernah mendengar lagu nyanyian Lewis Capaldi itu mesti perasan bahawa irama pada bahagian korus lagu tersebut kedengaran lebih kurang sama dengan irama lagu Romania popular, Dragostea Din Tei.

Jadi apabila menyanyikan lirik pada bahagian korus, nanyian salah seorang remaja tersebut secara perlahan berubah menjadi lagu Numa Numa Yay.

Lebih menggelikan hati, kedua-dua rakannya memberikan reaksi yang terkejut dan pelik bagaimana nyanyiannya boleh bertukar manjadi lagu lain.

Rata-rata netizen juga terhibur dengan ending yang tidak dijangka itu dan meluahkan rasa kecewa lagu tersebut ‘dirosakkan’. Malah ramai juga yang berkongsikan video-video cover lagu yang melalui nasib yang sama.

“Same energy…”

“Boleh pulak spoil last tu…”

“Beng4ng member dia…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Boleh Pulak Spoil Last Tu…”- 3 Remaja Cover Lagu Tapi Ending Buat Terkejvt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*