Norma Baharu. Konsep Kahwin ‘Drive-Thru’, Tanpa Sentuh Bakal Jadi Ikutan

Akhirnya, baka-bakal pengantin tersenyum lebar apabila kerajaan mengumumkan kebenaran untuk melaksanakan majlis perkahwinan dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Perkara ini berkuat kuasa serta merta pada 1 Julai 2020 yang hanya dilakukan dalam tempoh tiga hingga lima jam dan terhad kepada 250 tetamu pada satu-satu masa. Perkara ini adalah salah satu perkara yang perlu dipraktikkan oleh rakyat Malaysia dalam mengadaptasi kehidupan norma baharu.

Norma baharu majlis perkahwinan, pandu lalu je!

Di daerah Kluang, Johor sepasang pengantin baru meraih perhatian ramai apabila mereka mengadakan majlis perkahwinan yang unik dan sesuai untuk menerapkan norma baharu dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

Majlis perkahwinan yang diadakan oleh pasangan ini dilakukan dengan cara pandu lalu sahaja oleh para tetamu yang berkunjung hadir!

Kekalkan SOP ikut saranan KKM

SOP lengkap, setiap tetamu beramah dengan pengantin

Ternyata, konsep yang dibuat oleh suami isteri ini telah menjadi isnpirasi buat bakal-bakal pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Paling penting, ‘kenduri’ yang diadakan ini bertepatan dengan SOP kerajaan dan tanpa sebarang sentuhan dengan tetamu yang hadir. Mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk pasangan diluar sana untuk melaksanakan majlis kahwin tanpa berlebih-lebihan dan mengikut hukum serta syarat agama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Facebook.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Norma Baharu. Konsep Kahwin ‘Drive-Thru’, Tanpa Sentuh Bakal Jadi Ikutan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*