“Sumpah sporting habis..” – Abang2 Offshore Menari Atas Kapal Buat Warganet Terhibur

Sedia maklum, kerja-kerja dalam industri minyak dan gas agak lumayan gaji yang diperoleh namun seperti diketahui juga, kerja ini amat berisiko tinggi jika dipandang remeh tentang keselamatan disitu.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian dilaman sosial sejak kebelakangan ini apabila sekumpulan pekerja offshore di tengah-tengah laut menghiburkan diri mereka dengan membuat tarian.

Pekerja-pekerja berkenaan yang disapa sebagai abang-abang menerima pujian warganet apabila dapat melihat gelagat sporting mereka dalam menghiburkan diri dan membuatkan warganet terhibur dengan kecomelan mereka.

“Bila kapal besar 6 ke 8 bulan onboard, macam ni lah cara diorang hiburkan diri! Comel la abang abang offshore ni semua!

“Diorang pun frontliners jugak yang banyak berjasa untuk ekonomi negara…”

Perkongsian video menerusi laman Instagram Hot FM tersebut juga meraih lebih 120,000 tontonan disamping mendapat lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet dimana gelagat-gelagat mereka itu membuatkan warganet turut meninggalkan bermacam-macam komen.

Ada juga yang memuji abang-abang offshore tersebut yang pandai menari malah dilihat badan mereka cukup lembut ketika menari dan dalam pada masa yang sama, video dimuat naik itu membuatkan warganet tidak jemu mengulang tayang.

“Masalahnya semua bersemangat!! Cuteeee je”

“6-8 bulan training choreography, smooth je pergerakan depa”

“Comel… sporting pulak tu, terhibur sis”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram hotfm976

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Sumpah sporting habis..” – Abang2 Offshore Menari Atas Kapal Buat Warganet Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*