Doktor Layan Pesakit Macam Bapa Sendiri, Suap Makanan Penuh Sabar Raih Pujian

Tanggapan negatif terhadap hospital kerajaan yang selalu dibandingkan dengan kehebatan perkhidmatan di hospital swasta perlu diubah oleh segelintir masyarakat.

Ini kerana ramai menyifatkan perkhidmatan di hospital kerajaan mengambil masa yang lama sekali gus beranggapan sikap kakitangan seolah-olah acuh tak acuh terhadap pesakit.

Terbaru, sebuah posting di laman Facebook yang kelihatan seorang doktor wanita sedang bertugas di Hospital Melaka mungkin sedikit sebanyak dapat menepis dakw4an tersebut.

Posting berkenaan dimuat naik seorang individu dikenali sebagai Anwar yang memaparkan Dr Lia melayan dengan menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas tanpa berasa kekok seperti bapa sendiri.

Dr Lia yang bertugas di wad D4 Ortopedik sanggup berdiri untuk beberapa minit bagi menunggu pesakit untuk menikmati makanan yang disuap dengan penuh sabar.

“Siapa kata hospital kerajaan takde layanan VVIP? Just for your future reference kepada ejen insuran di luar sana. Tolong jangan lagi katakan layanan buruk diberi oleh hospital kerajaan. Bukan semua orang layak dan mampu membeli pakej medical card anda,” tulis Anwar.

Kisah yang dikongsi semalam itu mendapat 191 tanda suka serta pelbagai reaksi netizen dimana masing-masing mempunyai pendapat sendiri mengenai perkara tersebut.

Beza cepat atau lambat tunggu

Besar pahala doktor

Korang belum nampak ‘nurse’ cuci2 dalam wad

Lagi bagus kalau ramai macam ni

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Anwar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Doktor Layan Pesakit Macam Bapa Sendiri, Suap Makanan Penuh Sabar Raih Pujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*