Hanya Mahu Persahabatan Kekal Abadi, Geng ‘Surprise Member’ Telefon Baru

Setiap orang pasti mempunya cara tersendiri untuk memberikan kejutan kepada insan-insan yang bermakna dalam hidup mereka. Lebih-lebih lagi, buat sahabat yang sering berada disisi dikala waktu susah dan juga senang.

Di Twitter, sekumpulan sahabat baik ini berjaya menarik perhatian orang ramai dengan kesanggupan menghadiahkan salah seorang teman baik mereka sebuah telefon pintar baru.

“Alhamdulillah, sama2 kongsi…”

Video berdurasi selama 38 saat turut dimuat naik yang memaparkan reaksi rakan mereka unboxing telefon baru miliknya turut dikongsikan. Sehingga kini, perkongsian ini telah mendapat 14,700 ulang kicau dan 25,900 tanda suka dari kalangan pengguna Twitter sendiri.

Menurut sumber melalui ruangan komen, telefon pintar berkenaan merupakan hadiah hari lahir buatnya daripada mereka semua.

Hanya mahu hubungan berpanjangan!

Bahkan menurut salah seorang daripada mereka, dia hanya mahukan persahabatan yang dibina ini kekal sampai bila-bila.

Kebanyakan netizen yang menonton video berkenaan juga turut terharu dengan ikatan persahabatan yang ditonjolkan oleh sekumpulan pemuda ini. Ramai juga turut menyatakan bahawa ikatan persahabatan seperti mereka itu sememangnya susah untuk dicari.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter. 

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Hanya Mahu Persahabatan Kekal Abadi, Geng ‘Surprise Member’ Telefon Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*