Pawagam Sudah Mula Dibuka, Penonton Kena Duduk Jarak Termasuk ‘Couple’ – GSC

Selepas beberapa bulan tidak menonton filem melalui paparan skrin besar, mesti ramai yang teruja untuk ke panggung wayang setelah dibenarkan dibuka semula mulai hari ini 1 Julai.

Tapi kalau korang datang bersama ahli keluarga, rakan baik atau kekasih hati, tiada lagi momen ‘sweet’ duduk bersebelahan antara satu sama lain dan perlu penjarakan sosial di dalam dewan tersebut.

Itu adalah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) yang memberi peringatan kepada penonton melalui sebuah posting di laman Facebook rasmi mereka.

“Saya datang dengan teman wanita/teman lelaki, tak boleh duduk bersama? Saya datang dengan rakan saya, boleh duduk bersama? Dari rumah yang sama, tak boleh? Boleh duduk atas peha?
“HELLO. TAK BOLEH,” Tulis kapsyen posting berkenaan sehingga menerima 11,000 tanda suka dan lebih 5,000 perkongsian dalam kalangan netizen.

Warganet tidak ketinggalan memberikan pelbagai reaksi dan pendapat masing-masing dimana segelintir komen mengundang kelucuan terhadap pengguna Facebook lain.

Ini adalah impian saya! Terima kasih GSC

Tak kisah lah, asalkan ‘enjoy’ tengok filem

Akhirnya dah takde bunyi2 soalan & kanak2 menangis…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : GSC

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Pawagam Sudah Mula Dibuka, Penonton Kena Duduk Jarak Termasuk ‘Couple’ – GSC"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*