Selepas 2 Tahun Berkahwin, Laudya Cynthia Bella Dan Suami Bercer4i

Selepas beberapa bulan isu rumah tangga mereka hang4t diperkatakan, artis tersohor Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella mengakui sudah berpisah dengan suaminya Engku Emran.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik,” kata selebriti berusia 32 tahun itu menerusi laporan Kompas.

Walau bagaimanapun, beliau yang lebih mesra dipanggil Bella tidak menjelaskan tarikh sebenar mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Memetik laporan Astro Awani pula, pelakon filem Di Bawah Lindungan Ka’bah itu berkata mereka telah cuba sedaya upaya menyelamatkan rumah tangga tersebut namun jodoh tidak berpanjangan.

“Dua tahun beliau menjadi suami saya. Banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat. Insya-Allah hikmah, pembelajaran semua yang saya dapat ini…
“…bisa saya jadikan bekal, bisa saya simpan untuk saya menjadi wanita yang Insya-Allah bisa jauh lebih baik lagi, amin,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan berkenaan disatukan sebagai suami isteri pada 8 September 2017 dalam majlis tertutup di Kuala Lumpur.

Engku Emran pernah berkahwin dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Kompas , Astro Awani

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Selepas 2 Tahun Berkahwin, Laudya Cynthia Bella Dan Suami Bercer4i"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*