Tak Meragam Hanya Duduk Diam, Truffle Selesa Dibawa Melancong Di Luar Negara

Disebabkan wajah dan tubuhnya yang comel membuatkan ramai cair, sejak dari dulu lagi kucing antara haiwan pilihan penduduk dunia untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan. Bukan sahaja mendengar kata, langkah penjagaan mereka juga adalah amat menyenangkan.

Seekor kucing digelar sebagai Truffle menjadi perhatian pengguna media sosial terutamanya pemakai akaun TikTok, kerana kecomelan dan perilakunya yang sangat baik ketika melancong bersama pemiliknya.

Duduk diam & tak meragam!

Video TikTok yang berdurasi selama 43 saat itu telah memaparkan gelagat dan perjalanan si Truffle di luar negara bersama pemiliknya. Sudah tentunya, gelagat-gelagat yang ditonjolkan oleh Truffle ini membuatkan pencinta kucing yang lain sangat geram dengannya.

Bahkan, Truffle dilihat sangat tenang ketika berada dalam pesawat untuk berlepas ke San Fransicco dari lapangan terbang Los Angeles tanpa mengg4nggu ketenteraman penumang lain.

Bertambah comel apabila Truffle juga dibawa bebas berjalan-jalan sambil memakai baju yang sangat berpadanan dengan cuaca yang berada di negara tersebut.

Ramai yang dilihat terpikat dengan kecomelan Truffle dan ramai juga memuji pemilik kucing berkenaan kerana menjaga haiwan tersebut dengan baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tak Meragam Hanya Duduk Diam, Truffle Selesa Dibawa Melancong Di Luar Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*