To’ki ‘Jatuh Sayang’ Lihat Peribadi Ustaz Ebit Lew Kerana Layannya Seperti Bapa Sendiri

Baru-baru ini tular mengenai kisah kehidupan penyanyi  To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur, 58, yang kini menjalani hidup serba kekurangan.

Sejak lebih setahun lalu, pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor menjadi tempat berteduh buat penyanyi yang pernah mengecap populariti menerusi lagu Biasan dan Seni Berzaman itu.

Namun, penyanyi itu dan isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, tetap bahagia menjalani kehidupan tanpa mengeluh dengan segala kekurangan dihadapinya.

Rasa sebak dapat ziarah To’ki

Kisah To’ki juga menarik perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit, yang turut berkunjung ke kediaman penyanyi itu untuk menghulurkan bantuan.

Menerusi entri Ustaz Ebit di Facebooknya, To’ki dilihat berasa cukup senang dan gembira dengan kedatangannya. Sepanjang berjumpa, Ustaz Ebit mengetahui serba sedikit ujian hidup yang dialami penyanyi bersuara emas itu

Meskipun baru pertama kali berjumpa, To’ki dilihat berasa cukup selesa dengan Ustaz Ebit, nilai kasih-sayang yang disampaikan pendakwah itu telah menyentuh hati penyanyi berkenaan.

Ustaz Ebit tiada galang ganti

Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa cukup terharu dan berterima kasih kepada Ustaz Ebit Lew yang sudi datang menyantuni penyanyi yang satu masa dahulu telah menghiburkan kita semua.

Sayang orang berbakat macam To’ki sepi begitu saja

Terima kasih Ustaz Ebit

Semoga ada sinar baru buat To’ki selepas ini untuk kembali menghibur, agar bakat yang ada pada dirinya tidak terkubur begitu sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Ustaz Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "To’ki ‘Jatuh Sayang’ Lihat Peribadi Ustaz Ebit Lew Kerana Layannya Seperti Bapa Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*