“Ini Lawak..” – Gelagat Budak Ini Di Hari Pertama Sekolah Buat Ramai Terhibur

Semalam menyaksikan kanak-kanak pra sekolah dan tadika sudah dibenarkan ke sekolah selepas beberapa bulan. Ini disebabkan penularan Covid-19 nampaknya semakin berkurangan. Namun vaksin untuk virus ini masih belum ada sehingga kini menyebabkan masyarakat perlu menjalani kehidupan dengan penjagaan diri yang maksima dan patuh pada arahan yang ditetapkan.

Ini termasuklah kanak-kanak pra sekolah dan tadika yang mula ke sekolah sejak semalam. Antara normal baharu yang perlu diikuti ialah mengambil suhu sebelum masuk ke kawasan sekolah, tangan dibasuh menggunakan sabun dan air atau boleh gunakan hand sanitizer. Selain dari itu mereka juga harus mematuhi penjarakan sosial 1 meter dari rakan-rakan.

Jika sebelum ini kanak-kanak ini boleh bermain dengan kawan-kawan seperti kejar-mengejar, kali ini peraturan penjarakan sosial memerlukan guru-guru mengawal mereka sebaiknya. Tapi rasanya tiada masalah buat kanak-kanak ini kerana mereka cukup bijak mengenai pandemik yang melanda kini hasil didikan ibu dan bapa di rumah.

Foto sekadar hiasan / Kredit Harian Metro

Sama seperti seorang kanak-kanak dalam video yang tular baru-baru ini. Gelagat budak ini pada di hari pertama sekolah dengan peraturan baru ini membuatkan ramai terhibur. Mungkin dengan arahan tidak dibenarkan keluar dari kotak merah di lantai, budak ini cuba sehabis baik!


Video budak ini pada hari pertama sekolah membuatkan rata-rata netizen terhibur dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram senangterhibur

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Ini Lawak..” – Gelagat Budak Ini Di Hari Pertama Sekolah Buat Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*