Perkahwinan Cecah 8 Tahun, Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Sehangat Pasangan Bercinta

Pasangan suami isteri yang juga merupakan pelakon terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal satu ketika dahulu pernah mencetuskan kekecohan dalam industri hiburan apabila status perkahwinan mereka telah didedahkan oleh pihak media.

Menurut laporan Mstar, Suhairil Suhari (Aeril Zafrel) dan Nur Hawa Zainal Abidin (Wawa Zainal) telah bernikah sebanyak dua kali 25 Februari 2020 mengikut syariat islam, manakala 4 Februari 2013 mengikut undang-undang negara.

8 tahun bersama, doakan kami semua…

Semalam, di laman sosial milik Aeril Zafrel dia dilihat memuat naik sebuah video TikTok yang didedikasikan sempena ulang tahun perkahwinannya bersama Wawa Zainal yang sudah tahun ke-8.

Sudah tentunya, video berkenaan meraih perhatian pengikut pasangan yang dilihat seolah-olah sakan bercinta walaupun sudah 8 tahun mendirikan rumah tangga

 

View this post on Instagram

 

8 years together and still counting…. Doakan kami semua..😊😊 @w4w4_zainal

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Semoga kekal bahagia…

Pasangan ini sekali gus dihujani dengan doa-doa yang baik daripada para pengguna media sosial serta mengharapkan perkahwinan mereka berdua kekal sehingga ke syurga.

Sweet betul mereka berdua ni…

Semoga kekal sampai ke jannah!

Bersemut bila tengok mereka berdua ni

Hasil daripada perkahwinan yang sudah dirikan pada tahun 2012 itu, pasangan ini telah dikurnia tiga orang anak. Bahkah, kehidupan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang serba ringkas ini juga sering menjadi ‘ikutan’ dan inspirasi kepada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Perkahwinan Cecah 8 Tahun, Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Sehangat Pasangan Bercinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*