Terkedu Lihat Jasad Mak Terkaku Bujur, Rupanya2 Tengah Rehat Atas Tilam Urut

Sebagai seorang anak, pemergian ibu bapa merupakan satu detik hitam yang pastinya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Bahkan, suasana rumah dan juga sambutan perayaan begitu berbeza tanpa kehadiran mereka berdua.

Di Twitter, seorang pengguna laman tersebut berkongsikan ‘detik hitam’ apabila melihat sekujur jas4d ibunya terlantar diruang tamu sambil berbalut berbungkus dengan kain putih. Sudah tentunya, detik ini membuatkan dunia lelaki berkenaan terhenti seketika.

Siapa je yang tak terkejvt bila terkena macam ni

Jelas pemuda berkenaan, rupa-rupanya ibu kepada pemuda ini sedang menggunakan tilam urut yang telah dibeli untuk merehatkan badannya. Selorohnya lagi, detik tersebut telah mengigatkan dirinya dengan wang RM50 yang masih belum dipulangkan kepada si ibu.

Dia baring atas katil urut rupanya!

“Dengai pakai telekungnya, nak nangis wei…”

Nak guna katil ni kena pakai baju putih

Siap paparkan wajah ibu…

Ramai juga turut terhibur dan berkongsikan pengalaman yang sama mengenai tatacara penggunaan tilam urut tersebut oleh ibu bapa mereka. Sehingga kini, perkongsian ini telah mendapat hampir 13,000 ulang kicau dan 22,900 tanda suka dari kalangan netizen.

Hargailah ibu bapa anda sementara mereka masih ada! Menyesal dikemudian hari tiada guna.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Terkedu Lihat Jasad Mak Terkaku Bujur, Rupanya2 Tengah Rehat Atas Tilam Urut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*