Setanding Model2 Terkemuka, Kecantikan Gadis Sindr0m Down Dipersada Dunia

Siapa menjangkakan bahawa kekurangan yang ada pada diri mampu jadi kelebihan yang boleh dibanggakan yang tidak mampu  dimiliki oleh orang lain. Bahkan, perkara ini juga mampu memberi semangat dan sokongan buat insan-insan yang dengan kekurangan yang ada pada diri mereka.

Seorang remaja sindr0m down telah terpilih untuk menjadi model sekaligus menjayakan kempen untuk sebuah jenama fashion mewah dan terkemuka iaitu Gucci Beauty. Kecantikannya itu telah dipaparkan diatas talian oleh Vouge Italia.

Benda macam ni industri perlukan!

Ellie Goldstein yang kini merupakan model berusia 18 tahun telah bernaung dibawah Zebedee Management. Zebedee Management adalah salah sebuah agensi yang mencungkil bakat daripada golongan yang penampilannya sering dipinggirkan oleh media.

Daya tarikan yang ada pada diri Ellie Goldstein ini membuatkan produk daripada Gucci Beauty itu mempunyai identitinya yang tersendiri.

Kejayaan gadis ini membuatkan agensi pemodelannya memuat naik gambar kejayaannya itu di laman Instagram milik mereka. Lebih mengagumkan, gambar Ellie Goldstein tersebut telah meraih tanda suka yang terbanyak dari kalangan pengguna laman Instagram sendiri.

Jadi tidak perlu malu dengan setiap kekurangan yang ada pada diri sendiri. Tonjolkan dan tunjukkan kepada orang ramai bahawa satu kekurangan itu mampu jadi kelebihan yang tidak mampu dimiliki oleh mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Setanding Model2 Terkemuka, Kecantikan Gadis Sindr0m Down Dipersada Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*