Tanda Penghargaan, Pemuda Lakar Wajah Dato Dr Noor Hisham Di Cawan Dapat Pujian

Sejak pendemik Covid-10 melanda negara, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah beserta barisan ‘panglima perangnya’ dan frontliner dilihat menjadi hero dalam melawan wabak ini.

Berkat kesungguhan dan juga kepatuhan rakyat Malaysia, penularan wabak maut ini dapat dikawal dan jumlah kes positif sudah pun menjunam ke satu angka.

Tanda penghargaan buat hero negara

Oleh sebab itu, seorang pengguna Twitter yang juga pelukis dikenali sebagai Luqman Hakim telah menzahirkan penghargaan buat hero kita iaitu Datuk Dr Noor Hisham dengan melukis wajah kesayangan ramai itu di cawan minuman.

Dr Noor Hisham turut puji lukisan cantik

Dalam muat naik tersebut juga, Luqman Hakim menyatakan bahawa lukisan tersebut adalah satu penghargaan buat Dr Noor Hisham atas perkhidmatan yang cemerlang kepada negara. Dia juga ingin sekali menghadiahkan lukisan yang dilakar itu kepada beliau sebagai rasa terima kasih.

Oleh hal yang demikian, Dr Noor Hisham yang menyedari akan lukisan tersebut telah membalas tweet itu dengan mengucapkan ribuan terima kasih. Beliau juga memuji hasil lukisan Luqman Hakim yang begitu bagus.

Terbaik bro!

Sehubungan dengan itu, menerusi Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, rata-rata warganet turut sama memuji potret yang dilukis oleh Luqman yang sangat cantik.

Mereka juga berharap dapat memiliki bekas minuman yang terlakar wajah Dr Noor Hisham dan meminta restoran minuman tersebut mempertimbangkan cadangan itu.

Cantik sangat lukisan ni

Tolong buat rekaan untuk limited edition!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Luqman Hakim, Dr Noor Hisham

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tanda Penghargaan, Pemuda Lakar Wajah Dato Dr Noor Hisham Di Cawan Dapat Pujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*