Jadi Anak Yatim Di Usia 9 Tahun, Pertama Kali Sherry Menangis Masa ‘Live’ Cerita Pasal Ayah

Sering dilihat sebagai seorang yang sangat fun, di wajahnya tidak pernah lokek dengan senyuman dan gelak tawa, boleh dikatakan memang nampak happy selalu, itulah dia pengacara dan bintang komedi, Sherry Al-Hadad.

Namun, siapa sangka disebalik perwatakan yang sentiasa membuatkan orang lain ketawa, rupanya ada kisah dvka dan kesepian di dalam jiwa yang tidak dikongsi oleh Sherry.

Pertama kali Sherry masa ‘live’

Baru-baru ini, Sherry dan juga Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shiera, telah dijemput ke rancangan bual bicara terbaru, Astro Warna, Rumah 107 yang dihoskan oleh Khir Rahman.

Disebalik perwatakan yang menghiburkan, jarang kita melihat Sherry mahupun Shiera menangis. Namun, satu soalan yang diajukan Khir telah membuat air mata dua selebriti ini menitis jua.

Ia adalah mengenai kehilangan seorang bapa, rupanya Shiera memang sudah lama mengenali keluarga Sherry. Pada umur Sherry 9 tahun, dia telah kehilangan ayah yang tercinta.

“Bapak Sherry sayang dia sayang…” – Shiera

Menurut Shiera, mengenali keluarga pengacara tersebut membuatkan dia berasa kagum kerana meskipun telah kehilangan tunjang utama dalam keluarga, namun Sherry mempunyai ibu yang sangat cekal dan tabah.

Abah suka main nyorok2 dengan Sherry

Mengimbas kembali kenangan bersama arwah ayah, Sherry dalam linangan air mata bercerita bahawa terlalu banyak kenangan indahnya bersama, meskipun hanya 9 tahun dapat merasai kasih-sayang seorang insan bergelar ayah.

“Abah suka main menyorok kalau setiap kali rutin balik sekolah..namun hari tu abah tiada..dapat tahu abah masuk hospital…”

Ketika bercerita mengenai arwah ayahnya, Sherry telah membuatkan suasana di set Rumah 107 bertukar hiba kerana masing-masing merasai kehilangan insan yang tersayang.

Semoga Sherry terus kekal tabah dan menjadi inspirasi kepada kesemua anak-anak yang telah kehilangan bapa agar bangkit dan terus bersemangat menjalani kehidupan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Irfan Empire

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Jadi Anak Yatim Di Usia 9 Tahun, Pertama Kali Sherry Menangis Masa ‘Live’ Cerita Pasal Ayah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*