Persaraan Lin Dan Akhiri Era Kegemilangan Badminton 4 Jagoan Dunia

Pengumuman pemain badminton terkenal dunia, Lin Dan, 36 mengenai persaraannya dari bergelar pemain bulu tangkis profesional benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Namun begitu, keputusan yang diambil oleh Lin Dan disambut dengan hati terbuka dan rata-rata warganet diseluruh dunia memberi ucapan positif diatas persaraannya.

Lin Dan juga gantung raket

Dalam pada itu, tanpa kita sedari rupanya era kegemilangan pemain-pemain hebat dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, Taufik Hidayat, Peter Gade dan Lin Dan sudah berakhir apabila Lin Dan mengumumkan persaraannya selepas setahun Chong Wei menggantung raket.

Hal ini dinyatakan oleh satu akaun Twitter peminat sukan badminton yang memuat naik gambar 4 jagoan dunia ini yang pernah mewarnai arena badminton.

Seteru yang berteman

Pertemuan mereka di gelanggang pastinya menjadi debaran buat para penyokong masing-masing kerana bermacam kejutan dihidangkan sepanjang tempoh permainan badminton itu berlangsung.

Walau bagaimanapun, mereka berempat yang berasal dari Denmark, Indonesia, China dan Malaysia tetap berteman baik diluar gelanggang.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet menyetujui bahawa 4 seteru ini antara lagenda yang akan terus diingati dalam arena badminton dunia berikutan pencapaian masing-masing.

Pengunduran Lin Dan dalam arena pemain badminton profesional ini telah menamatkan era kegemilangan mereka berempat yang pernah memberi kepuasan kepada peminat badminton dunia setiap kali para pemain tersebut turun kegelanggang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Nas_lea

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Persaraan Lin Dan Akhiri Era Kegemilangan Badminton 4 Jagoan Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*