Seteru Dalam Gelanggang, McGregor Ucap Takziah Buat Khabib Nurmagomedov

Pemergian bapa dan juga jurulatih peninju UFC terkenal dunia, Khabib Nurmagomedov, iaitu Abdulmanap Nurmogomedov sama sekali mengejvtkan ramai.

Dilaporkan kerana komplikasi disebabkan jangkitan C0vid-19, Abdulmanap Nurmagomedov berada dalam keadaan krit1kal dan dimaklumkan meninggal dunia pada Jumaat 3 Julai.

Musvh ucap takziah

Sehubungan dengan perkhabaran duka tersebut, seteru Khabib Nurmagomedov diarena UFC iaitu Conor McGregor telah menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian bapa Khabib.

Perkara tersebut disampaikan oleh McGregor menerusi laman Twitternya dan telah mendapat ribuan tanda suka serta perkongsian semula daripada warganet.

Khabib yang berjaya menewaskan McGregor  di UFC 229 pada Oktober 2018 telah menjadi titik permulaan perseteruan mereka. Mcgregor juga tanpa segan silu menghamburkan kata-kata kurang enak buat Khabib serta bapanya, Abdulmanap.

Walau bagaimanapun, Abdulmanap menerusi Instagramnya telah memaklumkan bahawa dia memaafkan segala tindakan MCGregor itu pada 2018.

“Assalamualaikum kepada semua. Saya maafkan Conor McGregor, semuanya ada pada masa lalu. Adalah perlu untuk membuat analisis terhadap semua yang berlaku dan mengambil pengajaran. Setelah berbual dengan rakan senegara yang bijak, kami memutuskan untuk bergerak ke tempat lain. Saya harap ini baik-baik sahaja. Inn Shaa Allah.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: McGregorKhabib Nurmagomedov

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Seteru Dalam Gelanggang, McGregor Ucap Takziah Buat Khabib Nurmagomedov"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*