Dayana Roza Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Bakal melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dalam masa terdekat, Dayana Roza mendedahkan dia mengenali bakal tunangnya, Adale Adham sejak enam tahun lalu.

Sedang giat melakukan persiapan, bagaimanapun Dayana masih merahsiakan tarikh majlis tersebut demi menjaga hati kedua-dua belah keluarga. Ujarnya, dia akan memberitahu bilakah majlis akan diadakan apabila tiba masanya nanti.

“Memang dalam perancangan bertunang. Insya-Allah dalam masa terdekat ni. Tapi buat masa ini demi menjaga hati kedua-dua belah keluarga, saya tidak boleh beritahu tarikh lagi.

“Sekarang ini tengah buat persiapan. Insya-Allah tidak lama lagi saya akan beritahu nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Dayana berkata bibit percintaan mereka hanya mula berputik pada tahun ini sebelum mereka berdua membuat keputusan melangkah ke fasa yang lebih serius. Malah, Dayana juga merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya tahun ini juga.

Terdahulu, Dayana menerusi satu entri di Instagram berkongsi sekeping foto yang memaparkan mereka berdua mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Dayana Roza Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*