Jiwa Kental, Gadis Pandu Lori J&T Bikin Ramai Bangga Tak Memilih Kerja

Rezeki dan jalan hidup setiap insan adalah berlainan liku-liku yang perlu dihadapi. Disebabkan itu, kita disarankan untuk tidak merendah-rendahkan pekerjaan seseorang kerana pasti ada terpalit dug4an disebaliknya.

Lebih-lebih lagi, situasi meruncing yang dihadapi oleh dunia kesan dari wabak pandemik yang melanda, telah merencatkan ekonomi sesebuah negara. Jadi, ramai yang terpaksa kehilangan kerja dan menjana pendapatan lain buat sementara waktu disamping menunggu ekonomi pulih seperti sedia kala.

“Saya bangga dengan belia seperti awak…”

Salah seorang pengguna berkongsikan perasaan bangganya terhadap kegigihan salah seorang staf kurier J&T, yang merupakan seorang belia dan tidak memilih kerja. Lebih mengagumkan, staf J&T itu merupakan seorang gadis dan hanya bertugas seorang diri ketika itu.

Gadis J&T itu tetap melakukan skop pekerjaan yang sama seperti penghantar kurier lelaki. Bahkan, van pembawa barangan dan juga pelbagai jenis bungkusan turut diangkat olehnya untuk diberikan kepada para pelanggan.

Memang patut malulah!

Kegigihan gadis ini yang dilihat tidak memilih kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup mendapat pujian daripada segelintir pengguna Twitter.

Pengalaman yang berharga tidak dapat dibeli melainkan hanya merasai sendiri perkara tersebut. Oleh itu, tidak salah untuk mencuba pekerjaan yang berlainan yang lari dari bidang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Jiwa Kental, Gadis Pandu Lori J&T Bikin Ramai Bangga Tak Memilih Kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*