Tak Boleh Sentuh Kaabah Dan Hajar Aswad Antara Dilar4ng Pada Musim Haji Tahun Ini

Arab Saudi mengumumkan pro0kol kesihatan pada musim haji tahun ini sekali gus bagi mencegah penularan Covid-19 yang masih meningkat hampir di seluruh dunia.

Menerusi laporan Arab News, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) dalam kenyataan memaklumkan para jemaah tidak dibenarkan menyentuh Kaabah dan menc1um batu Hajar Aswad.

Turut dilaporkan agensi berita Reuters, jarak sosial 1.5 meter antara jemaah akan dilaksanakan sepanjang masa ketika menunaikan ibadah termasuk sewaktu solat berjemaah.

Bukan itu sahaja, akses ke Mina, Muzdalifah dan Arafah juga akan terhad kepada mereka yang mempunyai permit haji mulai Ahad depan hingga 2 Ogos ini selain wajib memakai pelitup muka sepanjang menunaikan ibadah haji.

Memetik laporan BH Online pula, keputusan Kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan jemaah yang berada di negara itu menunaikan haji turut mendapat sokongan daripada pelbagai negara.

Larang perhimpunan & pertemuan dalam kalangan jemaah

Terdahulu, Arab Saudi mengehadkan bilangan jemaah haji kepada 1,000 orang bagi mengek4ng pandemik tersebut dan tidak membenarkan umat Islam dari negara luar menunaikan ibadah haji tahun ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Arab News , Reuters , BH Online

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tak Boleh Sentuh Kaabah Dan Hajar Aswad Antara Dilar4ng Pada Musim Haji Tahun Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*