Macam Manusia, Ketelitian Ibu M0nyet Ini Mengeluarkan Helaian Serat Pada Pisang Ternyata Mengagumkan

Monyet mungkin tidak tahu banyak perkara tentang pemakanan namun apa yang pastinya, mereka begitu sukakan pisang, bukan? Mengapa agaknya ya?

Hal ini sebenarnya disebabkan oleh pokok pisang yang cenderung tumbuh di kawasan tropika panas, di mana ianya turut menjadi habitat monyet.

Buah pisang merupakan sumber makanan yang mudah dan memberikan banyak nutrien kepada monyet walaupun hanya bersaiz kecil. Rasanya yang enak, sudah pasti ianya disukai

Mereka juga biasanya makan buah pisang secepat yang mungkin bagi mengelakkan buah itu dicuri oleh monyet yang lain. Ya, mereka memang nakal.

Namun satu video yang dimuat naik di laman Twitter pada Jun lalu ternyata mencuri perhatian umum.

Video berdurasi 48 saat berkenaan menunjukkan seekor monyet betina bersama dengan anaknya. Apa yang mengagumkan adalah ibu monyet tersebut begitu teliti membuang helaian serat buah pisang itu.

Sama seperti manusia, ibu monyet tersebut pada mulanya kelihatan mengupas kulit pisang itu sebelum menarik helaian serat pada buah pisang terbabit.

Kelihatan juga monyet berkenaan membuang helaian serat itu daripada melekat di tangannya. Pandai sungguh!

Perkara itu membuatkan rata-rata netizen yang menyaksikannya berasa kagum akan betapa telitinya ibu monyet itu menanggalkan helaian serat daripada buah.

Hingga terhenti si ibu kerana mahu mengutip lalu membuang helaian yang tersekat pada kayu…

Ada juga helaian serat yang terjatuh pada anaknya

Melihat gaya monyet ini mengupas pisang, ternyata manusia dan monyet mempunyai banyak persamaan!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: @nasacertified/Twitter/ERABARU

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Macam Manusia, Ketelitian Ibu M0nyet Ini Mengeluarkan Helaian Serat Pada Pisang Ternyata Mengagumkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*