Posmen Pek4k Dan Biisu, Si Cilik Belajar Bahasa Isyarat Untuk Saling Bermesra

Bagi insan yang sempurna fizikal dan kesihatannya, disarankan untuk menghormati golongan kelainan upaya agar mereka juga merasakan tidak dipinggirkan. Bahkan, sudah banyak golongan kelainan upaya sudah berani untuk keluar dari zon selesa dan melakukan pekerjaan seperti orang normal.

Jika diperhatikan, ramai golongan istimewa ini tidak mahu menerima layanan yang berbeza. Malah mereka ini lebih senang jika orang sekeliling melayannya seperti 1nsan biasa sahaja.

Sanggup belajar bahasa isyarat!

Tim Joseph merupakan 1nsan kelainan upaya kategori pekak yang berkhidmat sebagai penghantar surat. Hatinya tersentuh setelah seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, berkomunikasi dengannya buat pertama kali.

Mereka berdua bermesra melalui bahasa isyarat yang telah dipelajarinya di rumah sepanjang perintah berkurung di negara itu berlangsung.

Kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Tallulah, sebelum hanya berhubung dengan Tim Joseph dengan lukisan sebagai medium untuk mengucapkan terima kasih atas kerja keras lelaki berkenaan.

Namun, dia ingin bermesra dengan lelaki itu dengan lebih dekat dan membuat keputusan untuk belajar bahasa isyarat

Momen ini menjadi lebih mengharukan apabila Tim Joseph tersenyum dan agak terpegun kerana kanak-kanak berkenaan sudah pandai bahasa isyarat. Mereka berdua bahkan saling bergurau dan berbalas isyarat.

Usaha anak kecil ini telah berjaya menyentuh hati semua orang yang menonton videonya bersama seorang posmen yang mempunyai masalah pendengaran.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: BBC.

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Posmen Pek4k Dan Biisu, Si Cilik Belajar Bahasa Isyarat Untuk Saling Bermesra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*