Selepas 5 Tahun Berkahwin, Sharifah Sakinah Sahkan Rumah Tangga Rvntuh

Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan hubungan dia bersama suaminya Aliff Adha telah berkecai sejak Mei lalu.

Pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu berkata dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya.

Ketika ditanya adakah perpisahan tersebut disebabkan orang ketiga, pelakon berusia 31 tahun itu menafikan perkara tersebut.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.
“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan berkenaan bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : BH Online (Zaidi Mohamad)

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Selepas 5 Tahun Berkahwin, Sharifah Sakinah Sahkan Rumah Tangga Rvntuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*