Tunggu Pelanggan Penuh Harapan, Gambar Pakcik Jual Garam Cetus Rasa Kasihan

Umur semakin lanjut tidak dihiraukan, sebaliknya terus bangkit dan bersemangat dalam mencari pendapatan lebih bagi meneruskan kehidupan harian.

Itu dilakukan seorang lelaki warga emas dari Tangerang terletak di Banten, Indonesia yang gigih berniaga di tepi jalan dengan menjual garam halus dan kasar demi mencari sesuap nasi.

Beberapa keping gambar pakcik itu dimuat naik seorang pengguna laman Instagram, Noer Bunda Zema sebelum dikongsi semula oleh akaun @potretsemangat.


Menerusi kapsyen, posting terbabit menyeru orang ramai yang berada di sekitar kawasan Tangerang bagi tampil membantu meringankan beban pakcik berkenaan.

Gambar tersebut memaparkan beliau duduk di atas lantai, manakala barang jualan diletakkan atas basikal miliknya sambil menunggu kedatangan pelanggan.

Rata-rata warganet Indonesia turut meluahkan rasa simpati terhadap pakcik tersebut selain mendoakan agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Instagram

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tunggu Pelanggan Penuh Harapan, Gambar Pakcik Jual Garam Cetus Rasa Kasihan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*