“Comel Je..” – Bila Geng-Geng Pagi Hotfm Ajar Tokti Buat ‘Slow Motion’

Penyanyi nombor satu negara yang satu ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya bukan sahaja gah di persada seni tanah air malah turut dikenali di negara-negara luar. Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau mesra disapa dengan panggilan Tokti ini boleh dikatakan penyanyi kesayangan ramai kerana personalitinya yang menyenangkan dan tidak sombong.

Sudah 24 tahun bergelar anak seni, penyanyi bersuara ’emas’ ini masih mengeluarkan lagu dan album terbaru buat peminatnya membuatkan namanya masih utuh di hati mereka. Malah di laman sosialnya Instagram juga, beliau memiliki 7.6 juta pengikut!


Biarpun begitu, jika dilihat di Instagram Tokti sering berkongsikan mengenai aktiviti berbasikal, anaknya dan pelbagai bahan lain lagi. Terbaru, beliau berkongsikan satu video bila Geng Pagi HotFm ajar Tokti buat slow motion atau gerak perlahan.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh Tokti sediri:


Alahai comel je gaya Dato’ Sri Siti Nurhaliza inikan? Sporting je melayan karenah penyampai radio yang boleh tahan ‘masuk air’ kepala mereka ini. Video bila Geng Pagi HotFm ajar Tokti buat slow motion ini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 97 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka setelah menonton video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Macam Blackpink la Kakiti hahah”

“Diva terpaling sporting lah Toktii”

“Cute Tokti. Semoga dipanjang umur dalam keberkatan…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram ctdk

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Comel Je..” – Bila Geng-Geng Pagi Hotfm Ajar Tokti Buat ‘Slow Motion’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*