Lelaki Tegur Entiti MIsteri Sedang Cuci Tangan Di Sinki Bikin Terhibur

Apabila berdepan dengan situasi yang ganjil dan menakutkan ketika berseorangan diri, kita mungkin tidak tahu apa yang patut dilakukan. Sesetengah orang akan kaku, ada juga yang akan terus melarikan diri.

Namun ada juga mereka yang akan cuba berpura-pura tidak melihat atau mendengar perkara aneh yang sedang berlaku.

Sementara itu ada pula yang akan memberanikan diri dengan bercakap dengan kehadiran paranormal berdekatan mereka, seperti yang dilakukan seorang lelaki ini.

Dalam sebuah video TikTok, seorang lelaki berada di dalam tandas apabila salah satu paip air di sinki terbuka dan tertutup sendiri.

Daripada segera meninggalkan tempat itu, lelaki atas nama Carlo Malis itu menegur ‘entiti’ tersebut yang dipercayainya sedang cuci tangan.

“Buat apa nak bersih2, kau tu hantu…”

Carlo memberitahu kehadiran misteri tersebut bahawa tangannya sudah cukup bersih dan dia tidak perlu mencucinya, namun paip air itu masih berfungsi seolah-olah ada orang yang menggunakannya.

Lelaki tersebut juga memberikan reaksi sedih dan simpati terhadap hantu berkenaan yang terlalu bersungguh-sungguh mencuci tangan.

Rata-rata netizen geli hati dengan reaksi lelaki tersebut, dalam pada masa yang sama terhibur dengan lakonannya. Malah ada yang mengatakan bahawa hantu tersebut adalah mangsa coronavirus yang cuba mengingatkan orang ramai untuk menjaga kebersihan.

“Mungkin dia mat1 ak1bat C0vid sebab x cuci tangan…”

“Org dah mat1 lagi bersungguh-sungguh kurangkan jangkitan…”

“Bila kau takut tapi tak nak membazir air…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Lelaki Tegur Entiti MIsteri Sedang Cuci Tangan Di Sinki Bikin Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*