Wajah ‘Hero’ Kreatif Di Dinding, Agong Berkenan Lawat Mural Pemimpin Negara

Beberapa minggu lepas, lukisan mural memperlihatkan wajah-wajah hero negara dalam melawan pendemik ketika ini yang dilukis  didinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor telah tular dimedia sosial.

Hasil kreatif Muhammad Suhaimi bin Ali, Muhamad Firdaus bin Nordin dan Abdul Hadi bin Ramli telah berjaya mencuri perhatian warganet kerana mural tersebut adalah sebagai rasa terima kasih mereka kepada barisan hadapan negara.

Agong melawat mural potret2 pemimpin negara

Oleh sebab itu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan mencemar duli berangkat melawat mural gergasi memaparkan potret-potret pemimpin negara, termasuk potret Baginda.

Hal ini dinyatakan menerusi hantaran di Instagram rasmi Istana Negara siang tadi. Turut berangkat sama adalah KDYMM  Raja Permaisuri Agong  dan anakanda-anakanda Baginda.

Dapat penghargaan

Menerusi maklumat yang disampaikan pihak sumber, KDYMM Baginda Agong telah meluangkan masa kira-kira 30 minit melihat hasil kreatif pemuda-pemuda tersebut dan turut sempat beramah mesra dengan merea disamping mengurniakan surat penghargaan, cenderakenangan dan sumbangan peribadi kepada ketiga-tiga pelukis tersebut.

View this post on Instagram

10 Julai 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan berangkat melawat mural gergasi memaparkan potret-potret pemimpin negara, termasuk potret Seri Paduka Baginda, yang diabadikan pada dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor. Turut berangkat KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan anakanda-anakanda Baginda, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah. Dalam lawatan ini yang bermula pada jam 3.00 petang ini, Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa beramah mesra dan berinteraksi bersama tiga pelukis muda – Muhammad Suhaimi bin Ali, Muhamad Firdaus bin Nordin dan Abdul Hadi bin Ramli. Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan surat penghargaan, cenderakenangan dan sumbangan peribadi kepada ketiga-tiga pelukis tersebut. Keberangkatan Al-Sultan Abdullah hari ini adalah di atas inisiatif Seri Paduka Baginda sendiri dan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap golongan belia negara. Ianya juga mencerminkan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda menyantuni ketiga-tiga pelukis tersebut dan menghargai usaha murni dan hasil titik peluh serta seni mereka yang telah mendapat sambutan hangat dan tular di media sosial. Dalam lawatan ini yang berlangsung selama 30 minit, Al-Sultan Abdullah berkenan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ketiga-tiga pelukis tersebut di atas cara mereka mengekspresikan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara. Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar usaha-usaha ketiga-tiga pelukis tersebut menjadi contoh, sumber inspirasi dan tauladan kepada golongan belia negara untuk lebih menghargai pemimpin dan negara serta menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Istana Negara

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Wajah ‘Hero’ Kreatif Di Dinding, Agong Berkenan Lawat Mural Pemimpin Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.

*